News & Updates

METAFIZIK






Al-Farabi Dan Falsafahnya


Pendahuluan

Al-Farabi merupakan seorang ilmuan Islam yang menguasai pelbagai ilmu pengetahuan tetapi beliau lebih cenderung dalam bidang falsafah dan mantiq. Sepanjang hayatnya al-Farabi kerap mengembara di samping berguru dengan ahli pujangga dan ahli falsafah yang masyhur untuk mendalami ilmunya.
Beliau merupakan tokoh falsafah Islam yang sangat gigih dalam bidang penulisannya dan dikatakan menulis sekitar 100 karya ilmiah yang merangkumi pelbagai tema. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab “Fi Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah” yang menjelaskan tentang Teori Kemasyarakatan dan Kenegaraan al-Farabi. Al-Farabi tidak pernah mengambil usaha untuk mencatatkan sendiri peristiwa-peristiwa di dalam penghidupannya sejak dari kecil hinggalah ke zaman penhujung hayatnya.
Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu dan beliau telah mengklafikasikan berbagai ilmu tersebut kepada cabang ilmu kepada lapan kumpulan utama. Antara penulisan yang pernah al-Farabi tulis seperti membincangkan tentang fizik, falsafah tabii yang berkaitan dengan psikologi malah beliau juga pernah menulis tentang ilmu muzik.

1                    BIOGRAFI DAN KETOKOHAN AL-FARABI
Ketika mengkaji mengenai sumbangan seseorang tokoh adalah sangat baik sekiranya diselusuri riwayat hidup dan latar belakang tokoh tersebut. Oleh itu,di dalam tajuk ini akan dibincangkan serba sedikit mengenai biografi beliau.

1.1              Riwayat Hidup Al-Farabi

Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag. Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,di negara Turkestan. Beliau dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi, pada zaman pemerintahan kerajaan samaniah.Gelaran Al-Farabi dinisbahkan dari nama sebuah kota iaitu Farab.
Al-Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki. Pada zaman pemerintahan kerajaan Samaniyah, bapa Al-Farabi bekerja sebagai seorang pegawai tentera kerajaan manakala perkerjaan ibunya tidak diketahui dengan jelas.

1.2       Latar Belakang Pendidikan

Al-Farabi dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij,seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad.
Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka. Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.Al-Farabi juga terkenal dengan menguasai banyak cabang ilmu,dan seorang pemuzik yang sangat handal.Beliau bersama lagunya telah Berjaya menarik orang awam sehingga menyebabkan orang menangis atau ketawa dalam setiap  bait-bait yang beliau lontarkan.Malahan beliau juga disebut sebagai orang yang mencipta satu alat muzik yang dikenali sekarang ini sebagai gambus(Mahmood Zuhdi Ab. Majid:2003:35)

Al-Farabi juga dikatakan dapat menguasai beberapa bahasa asing, antaranya bahasa Syria, Arab, Greek, dan beberapa bahasa lagi sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga berketurunan Turki, penguasaan ini tidak akan dicapai tanpa keinginan yang tinggi.(Ridha al-Dawiri al-Ardakani:2008:23)

Al-Farabi juga menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya, selain itu beliau juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu ketenteraan dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik. Menurut Massignon ,seorang ahli ketimuran Perancis,Al-Farabi adalah seorang ahli falsafah islam yang pertama dengan erti kata sepenuhnya.Walaupun sebelumnya Al-Kindi telah membuka jalan-jalan falsafah Yunani ini masuk ke dalam dunia Islam.Pada awalnya Al-Kindi tidak mencipta sistem falsafah yang sistematik dan banyak meninggalkan pelbagai persoalan yang beliau bicarakan dan belum ketemu pencerahan yang memuaskan.Oleh itu,Al-farabi telah mencipta satu mazhab atau sistem falsafah yang lebih baik dan sesuai dimasukkan di dalam dunia Islam,Al-Farabi telah menyambung kesinambungan  peranannya seperti Plotinus,seorang ahli falsafah yang mencipta sistem yang lebih tersususun bagi dunia barat.Al-farabi juga telah menjadi guru bagi Ibnu sina,tokoh pemikir dan perubatan islam serta Ibnu Rushd dan ahli-ahli falsafah Islam yang lain yang dating selepasnya.Oleh itu,Al-Farabi telah mendapat gelaran sebagai guru kedua(al-mu’allim as-tsani) atau Aristotle kedua yang mana Aristotle diberi gelaran (al-muallim al-awwal).(A.Hanafi 1976:120)

1.3       Penggembaraan Mendalami Falsafah

Pada tahun 287 Hijrah bersamaan 900 Masihi merupakan pengembaraan pertama Al-Farabi ke negara luar iaitu Baghdad bersama gurunya yang tidak asing lagi ialah Ibnu Hailan. Kedatangan Al-Farabi ke Baghdad bersama gurunya adalah untuk mempelajari logik dan mendalaminya.Seterusnya pada tahun 298 Hijrah bersamaan 908 Masihi, beliau telah meninggalkan Baghdad bersama gurunya untuk ke Harran seterusnya meneruskan perjalanan ke Konstentinople, beliau ke sana untuk mempelajari falsafah dengan mendalam yang mana gurunya iaitu Ibnu Hailan bertindak sebagai penyelia beliau dalam pembelajaran tersebut.

Manakala pada tahun 297 Hijrah bersaman 910 Masihi, beliau telah kembali ke Baghdad semula. Kembalinya beliau ke Baghdad adalah untuk belajar, mengajar, mengkaji buku-buku yang di tulis oleh Aristotle dan menulis karya-karya. Pada tahun 330 Hijrah bersama 942 Masihi,
Al-Farabi telah berpindah ke Damsyik iaitu satu daerah di negara Syria akibat kekacauan dan ketidakstabilan politik yang berlaku di Baghdad.Manakala pada tahun 332 Hijrah bersamaan 944 Masihi Al-Farabi dikatakan telah pergi ke Mesir, tetapi tidak diketahui tujuan, mengapa dan kegiatan beliau di sana, tapi menurut Abi Usaibiyah yang mana merupakan seorang ahli sejarah, mengatakan Al-Farabi telah mengarang sebuah karya mengenai politik ketika berada di Mesir iaitu sekitar tahun 337 Hijrah.Seterusnya pada tahun 338 Hijrah bersamaan 949 Masihi Al-Farabi telah kembali semula ke Damsyik, sekembalinya ke sana adalah untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seorang cendakiawan di sebuah istana di Aleppo semasa pemerintahan Syria baru iaitu seorang putera Handaniyah bergelar Saf Al-Daulah, yang tertarik dengan kebijaksanaan dan kepandaian beliau. Serta kehidupannya sebagai seorang ahli sufi.

Di dalam bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi telah meninggal dunia di damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah dikebumikan di sana, iaitu di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut. Saf al-daulah sendiri yang mengetuai para pembesar negeri bagi menyembahyangkan jenazah Al-Farabi, seorang cendikiawan yang terulung dan termasyhur di kalangan para sarjana dan tetamu di istana Saf Al-Daulah. .(Ridha al-Dawiri al-Ardakani:2008:23)

2          FALSAFAH AL-FARABI

Al-Farabi mendifinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini .Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah kedalam ajaran islam dia juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dengan Aristotle sebab kelihatan berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.(A.Hanafi:1976)
Memahami falsafah pemikiran Al-Farabi di atas seolah-olah falsafahnya adalah percampuran dari falsafah Aristotle dan Plato. Dalam masalah alam, Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada (sama dengan pendapat Al-kindi). Idea Plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia Islam.
Persoalan tentang terjadinya alam semesta bagaimana hubungan pencipta ( khaliq ) dengan makhluknya, Al-Farabi setuju atas teori emanasi Neo Platonisme (sebagaimana pendapat Al-Kindi), lebih jauh Al-Farabi memperinci lagi teori emanasi dengan istilah nama Nadzariyatul Faidhl, dengan pemikiran dan huraiannya sendiri. Pola pemikirannya dalam dalam bidang mantik dan fizikal, Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Aristotle, dalam bidang etika dan politik, ia sependapat dengan Plato dan persoalan metafizik ia sependapat dengan Plotinus.

3          FALSAFAH  POLITIK AL-FARABI

Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat di teliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat di teliti.

Kebahagiaan manusia di peroleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan lebih lanjut Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagiaan hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat di peroleh sekarang (di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat namun sekarang ini juga ada kebahagiaan yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan dan kesenangan yang dapat nampak dan di jadikan pedoman hidup. (A.Hanafi:1976)

Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan-tindakan yang mulia, kebajikan-kebajikan dan keutamaan-keutamaan maka untuk menuju ke arah itu terwujud melalui kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan?tindakan yang bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian dapat disebut pemerintahan dan raja. Adapun politik adalah bentuk operasi dari keahlian tersebut.

3.1       Masalah Dalam Politik

Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat di bahagikan kepada dua iaitu:

a          Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperoleh kebahagiaan, pemerintahan atas dasar demikian di sebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa-bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.

b          Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dalam rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagiaan, maka muncul beraneka ragam bentuk pemerintah, apabila yang di kejar kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah, jika mengejar kehormatan, dan pemerintahan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.

Sedangkan di pandang dari kemampuan suatu pemerintahan, ilmu politik terbahagi menjadi dua iaitu:
kemampuan dalam melahirkan peraturan peraturan yang bersifat universal kemampuan yang di sebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik,dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan
Sebagai ringkasan tentang pemerintahan adalah bahawa ia dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya

4          FALSAFAH METAFIZIK AL-FARABI


Persoalan-persoalan falsafah telah di bahas oleh ahli falsafah sebelumnya, baik dari Yunani, Parsi atau yang lainnya, meskipun pemecahan yang dilakukan mereka saling berlawanan. Al-Farabi dalam usaha memecahkan persoalan tersebut tidak terlepas dari perbahasan-perbahasan yang dilakukan oleh mereka itu diantara persoalan itu adalah Esa dan Terbilang.
Falsafah Yunani membahaskan persoalan ini berlandaskan pada falsafah fizik semata-mata sedangkan aliran Iskandariyyah (Neo Platonisme) dan Falsafah islam dengan persoalan ini dipindahkan kepada landasan-landasan agama meskipun dua aliran terakhir ini caranya sama namun tujuannya sangat berbeza. Aliran Iskandariyyah dan falsafah Islam bertujuan membentuk susunan alam yang dapat mempertemukan hasil-hasil pemikiran dengan ketentuan-ketentuan agama. Keadaan ini iaitu soal esa dan terbilang menjadi dasar utama bagi tegakan falsafah keseluruhan.Perbahasan metafizik ini berkisar pada masalah Tuhan, wujudnya atau kehendaknya.

4.1       Ilmu Ketuhanan

 Al-Farabi membahagikan ilmu Ketuhanan menjadi tiga iaitu :

i) Membahas semua wujud dan hal-hal yang terjadi padanya sebagai wujud
ii) Membahas prinsip-prinsip burhan dalam ilmu-ilmu teori juz'iyyat (particular) iaitu ilmu yang berdiri sendiri kerana penelitiannya tentang wujud sesuatu seperti ilmu mantik, matematik atau ilmu juz'iyyat lainnya
iii) Membahas semua wujud yang tidak berupa benda-benda ataupun berada dalam benda-benda itu. Kemudian terlebih dahulu di bahas apakah wujud serupa itu ada atau tidak, kemudian dibuktikan dengan burhan bahawa wujud serupa itu ada . Apakah wujud serupa itu sedikit atau banyak . Apakah wujud serupa itu sedikit ataupun banyak .Apakah wujud serupa itu berketerbatasan atau tidak kemudian dibuktikan dengan burhan bahawa berketerbatasan .kemudian di periksa lagi apakah martabat wujud itu tunggal ataupun banyak dengan sebahagian lebih tinggi dari yang lainnya, dan di tunjukkan dengan burhan bahawa martabat wujud itu banyak dengan sebahagian lebih tinggi dari yang lain dalam kesempurnaan melalui burhan ,martabat-martabat itu meningkat dari yang paling rendah hingga yang paling sempurna ,dimana tidak ada yang lebih sempurna dari padanya dan secara turutan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai tingkat wujudnya ,dan tidak ada yang menyaingi dan menandingi .peningkatan ini sampai kepada tingkat yang pertama yang sebelumnya tidak ada yang pertama .ia yang terdahulu yang tidak mungkin ada yang mendahuluinya .wujudnya itu tidak disebabkan oleh sesuatu yang lain .maka Allah adalah yang pertama dan yang terdahulu secara mutlak .sedang adanya wujud yang lain adalah di sebabkan adanya wujud yang pertama itu.
Ilmu ini juga membuktikan adanya kepalsuan pendapat yang menyatakan bahawa Tuhan Yang Maha Agung dalam karya-karyanya kemasukan segi-segi kekurangan baik pada dirinya mahupun yang di ciptakannya .kemudian di singgahnya pendapat itu dengan dalil-dalil burhani yang menghasilkan pengetahuan yang pasti (Al-Ilmu Yaqin) yang tidak seorangpun akan bimbang dan ragu kepadanya .

4.2       Wujud

 Al-Farabi membahagikan wujud kepada dua bahagian iaitu:

a          Cahaya

Wujud yang mungkin atau wujud yang nyata kerana laiannya seperti wujud cahaya yang tidak akan ada, kalau sekiranya tidak ada matahari. Cahaya itu sendiri menurut tabiatnya boleh untuk wujud dan boleh untuk tidak wujud dengan kata lain cahaya adalah wujud yang mungkin kerana wujud matahari maka cahaya itu menjadi wujud yang nyata kerana matahari. Wujud yang mungkin itu menjadi bukti adanya sebab yang pertama kerana segala yang mungkin harus berakhir kepada sesuatu wujud yang nyata dan yang pertama kali ada.

b          Tabiat

Wujud nyata dengan sendirinya. Wujud ini adalah wujud yang tabiatnya itu sendiri menghendaki wujudnya iaitu wujud yang di perkirakan tidak ada, maka akan timbul kemusyrikan, kalau itu tidak ada, maka yang lain pun tidak akan ada sama sekali, ia adalah sebab pertama bagi semua wujud yang ada dan wujud yang wajib ada inilah Tuhan.

4.3       Sifat-Sifat Tuhan

Tuhan adalah tunggal ia tidak berbeza dari zatnya, tuhan merupakan akal (fikiran) murni, kerana yang menghalang sesuatu untuk menjadi objek pemikiran adalah benda, maka sesuatu itu berada apabila wujud sesuatu tidak memerlukan benda, maka sesuatu itu benar-benar akal.
Demikian juga zatnya menjadi objek pemikiran tuhan sendiri (ma?qul), kerana yang menghalang untuk menjadi objek pemikiran adalah benda pula, jadi ia adalah objek pemikiran, kerana ia adalah akal fikiran, ia tidak memerlukan sesuatu yang lain untuk memikirkan zatnya sendiri, tetapi cukup dengan zatnya sendiri itu pula untuk menjadi objek pemikiran .dengan demikian zat tuhan yang satu itu juga akal fikiran ,zat yang berfikir dan zat yang di fikirkan atau ia menjadi aqal,’aqil dan ma’qul
Tuhan adalah zat Maha Mengetahui (alim) ia tanpa memerlukan sesuatu yang lain untuk dapat mengetahui, demikian pula Tuhan untuk dapat mengetahui, demikian pula tuhan untuk dapat di ketahui oleh zatnya sendiri (menjadi objek ilmunya) juga memerlukan sesuatu yang mengetahuinya, jadi Tuhan cukup dengan zatnya sendiri untuk mengetahui dan di ketahui ilmu Tuhan terhadap dirinya tidak lain hanyalah zatnya itu sendiri pula . Dengan demikian, ilmu dan zat yang mempunyai ilmu adalah satu, atau ia adalah ilmu yang mengetahui dan menjadi objek ilmunya (al-ilmu ,al-'alim, alma'lum) kerana tuhan agung dan sempurna, maka ia mencintai dan merindukan zatnya sendiri. Dengan demikian, maka tuhan itu adalah zat yang merindukan pula(as asyiq dan al ma'syuk)
Dari huraian di atas nampaklah bahawa Al-Farabi berusaha keras dalam menunjukkan keesaan tuhan dan ketunggalannya dan bahawa sifat-sifatnya tidak lain adalah zatnya sendiri
Adapun asma ul husna yang ada dalam al-Quran, kita dapat menyebut nama-nama itu sebanyak yang kita kehendaki akan tetapi kesemuanya itu hanya menunjukkan macam macam hubungan tuhan dengan dengan makhluk dari segi keagungannya . nama nama ini tidak menunjukkan adanya bahagian-bahagian atau perbezaan yang ada pada zatnya.(A. Hanafi:1976)

5          KARYA-KARYA DAN ULASAN KARYANYA

Sebagai seorang ahli Falsafah islam yang bersistem,sudah pasti Al-Farabi telah meninggalkan karya dan karangan-karangan yang sangat penting dalam ilmu falsafah ini.Tetapi hasil karangannya tidak banyak dikenal seperti karya Ibnu Sina.Kemungkinan karangan-karangan Al-Farabi tidak begitu panjang dan hanya risalah-risalah yang ringkas dan pendek serta tidak terdapat banyak buku yang besar dan mendalam pembicaraan initpatinya mengenai falsafah.Kebanyakan karangannya telah banyak hilang dan yang masih ada 30 buah sahaja yang ditulis dalam bahasa arab.
Walau bagaimanapun,pada abad-abad pertengahan,Al-Farabi menjadi sangat terkenal,sehingga orang-orang yahudi banyak yang mempelajari dan mengkaji tentang karyanya dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani.Sebahagian besar karya-karya Al-Farabi terdiri daripada  ulasan dan penjelasan terhadap falsafah Aristotle,Plato dan Galenus,dalam bidang-bidang logik,fizik,etika dan metafizik.Meskipun banyak tokoh falsafah yang diulas pemikiran mereka Al-Farabi lebih menumpukan ulasannya terhadap falsafah-falsafah Aristotle,oleh itu beliau terkenal sebagai pengulas Aristotle.(A.Hanafi:1976)

5.1       Karya dan Penulisan al-Farabi

Sepanjang hidup al-Farabi,karya-karya yang dihasilkannya merupakan suatu pemikiran yang khusus berkenaan al-Farabi yang dapat digunakan untuk membezakan antara karya-karya yang dihasilkannya dengan karya-karya tokoh-tokoh falsafah yang lain. Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga mempengaruhi daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan juga dunia Latin di Barat.
Di antara karya-karyanya :
Aghradlu Ma Ba’da at-Thabi’ah
i.            Al-Jam’u baina Ra’yai al-Hakimain.(Mempertemukan Pendapat Kedua Ahli Falsafah:Plato dan Aristotle)
ii.            Tahsil as-Sa’adah (Mencari Kebahagiaan)
iii.            ‘Uyun ul-Masail (Pokok-Pokok Persoalan)
iv.            Ara-u Ahl-il Madinah al-fadhilah (Pemikiran-pemikiran Penduduk Kota Utama­)
v.            Ih-sha’u al-Ulum (Statistik Ilmu)
vi.            Fi Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah
Dalam buku terakhir beliau ini,Al-Farabi telah membicarakan pelbagai bidang ilmu dan bahagian-bahagiannya.Antaranya ilmu-ilmu bahasa (ilm al-lisan),ilmu mantik,ilmu matematik (at-ta’alim),ilmu fizik (al ta’lim at-tabi’i),ilmu Ketuhanan (al-ilm al-Ilahi),ilmu kenegaraan (politik;al-ilm al-madani),ilmu fiqh (ilm al-Fiqh),dan ilmu kalam.Sebahagian ilmu-ilmu tersebut telah diperkenalkan oleh orang-orang sebelumnya.Al-Farabi hanya memperkenalkan dua cabang ilmu yang baru iaitu ilmu fiqh dan ilmu kalam sebagai ilmu dalam Islam yang mendapat perhatian besar pada masanya.(A.Hanafi:1976:121)

Antara pandangan Al-Farabi pula termasuklah jantung adalah lebih utama daripada otak dalam kehidupan manusia.Menurut beliau,jantung merupakan sumber kehangatan tubuh,sedangkan otak pula penyelaras kehangatan berkenaan mengikut keperluan setiap anggota. Berkenaan dengan keadilan,beliau berpendapat bahawa ia ada dalam pertarungan antara manusia. Hal ini kerana pertarungan merupakan gejala-gejala semulajadi antara manusia,sedangkan sifat semulajadi itulah keadilan. Manakala tentang politik pula,beliau mencadangkan supaya sebuah Negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah diwujudkan.Sekiranya individu seperti itu tidak ada,seorang wakil sementara boleh dilantik.

Demikianlah Al-Farabi,seorang yang meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Barangkali,keikhlasan beliau terhadap ilmu itulah yang telah menjadikan beliau sebagai orang yang berilmu tinggi dalam pelbagai bidang.(Mahmood Zuhdi ab. Majid:2003:36)

6          PANDANGAN ULAMA TERHADAP AL-FARABI

Menurut Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah : Ibn Nasr Al-Farabi telah menurut jejak langkah Aristotles yang tidak percaya kepada Allah,malaikat,al-Quran,rasulnya dan Hari kiamat.Mereka yang mempunyai kepercayaan bagi perkara tersebut di atas tidaklah boleh dianggap sebagai seorang falsafah yang sebenar. Orang yang percaya kepada syariat Islam dikatakan bodoh dan jahil.Tambahan lagi,beliau tidak percaya dengan kitab Allah,kerana Allah  tidak mempunyai kalam (tidak berbicara).Allah tidak patut berkata-kata. Merekayang dekat kepada pemikiran Islam berkata bahawa ‘Kitab Allah adalah suatu Faid (tuangan/limpahan) dari Al-AKAL al-fa’al daripada nafs yag al-Fadilah al-Zakiyah. An-Nubuwah adalah suatu  kemahiran yang dipelajari . (Sulaiman Nordin:2011:46)

Justeru itu,Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah menolak Al-Farabi sebagai ‘al-muallim ath-thani selepas Aristotles. Ibn Qayyim menyatakan Al-farabi adalah seorang ahli falsafah yang kufur dengan allah,malaikat,al-Quran,Nabi dan hari akhirat. (Sulaiman Nordin:2011)

6.1       Kritikan Terhadap Falsafahnya

Al-Ghazali berkata , “Biarlah orang tahu, bahawa mendalami hakikat para filosof hanya akan membuang masa, sebabnya episodnya terlalu panjang”Ia juga mengomentar Al-farabi dan Ibnu Sina “ sesungguhnya di antara ahli falsafah muslim yang paling teliti dalam melakukan  penukilan dan tahqiq adalah al-Farabi, Abu Nashr dan Ibnu Sina.Kita pun cukup merasa puas atas bantahan dan apa yang dianggap benar oleh mereka, dibanding pemikiran-pemikirn mereka yang lebur dalam kesesatan. ( Ibnu Rusyd:2004:14)

Sesungguhnya Abu Hamid Al-Ghazali telah mengkafirkan Al-Farabi didalam al-Tahafut al-Falasifah kerana tiga perkara.Pertama,kerana berpandangan bahawa bahawa alam ini qadim(ada tanpa permulaan).Kedua,bahawa Tuhan tidak mengetahui perkara juziyat(hal-hal terperinci) dan ketiga,kerana mentakwilkan tentang kebangkitan jasaddari kubur di hari kemudian serta keadaan kehidupan setelah mati.Dan Ibn Rushd menjawab,zahir dari kata-katanya (al-Ghazali) tentang perkara berkenaan bukanlah mengkafirkan Al-Farabi secara pasti,kerana beliau telah menjelaskan dalam kitab al-Tafriqah bahawa pengkafiran kerana pelanggaran ijmak mengandungi kemungkinan. (Ibnu Rusyd:2006:21)

7          KESIMPULAN

 Pembicaraan tentang Al-Farabi sudah cukup banyak meskipun belum mencakupi seluruh aspek  pemikirannya. Ia adalah pembangunan falsafah dalam erti kata sebenar dan ia telah meninggalkan suatu bangunan falsafah yang tersusun rapi bahagian-bahagiannya, dan oleh kerana itu maka Ibnu Khlilikan menamakannya ahli falsafah yang paling agung .
Menurut Dr. Ibrahim Madkour, falsafah Al-farabi adalah falsafah yang bersifat spiritual-idealis sebab menurut Al-farabi di mana-mana ada roh. Tuhannya adalah roh dari segala roh. Akal yang dikonsepsikannya,iaitu Uqul mufariqah (akal yang terlepas dari benda) merupakan makhluk rohani murni, ketua negeri utamanya menguasai badannya.Roh itu pula yang menggerakkan benda-benda langit dan mengatur alam dibawah  bulan. Dari segi yang lain , kerohanian tersebut merupakan pemujaan dan kerinduan terhadap akal fikiran.
Betapa tingginya ilmu beliau dalam menghuraikan ilmu falsafah. beliau banyak mengkaji sifat-sifat manusia serta sifat disebalik diri manusia. Ilmu ini dihuraikan dalam bentuk falsafah. Selain itu, prinsip-prinsip alam semesta serta kejadian alam semesta turut dikaji serta dibuat perbandingan dengan ahli falsafah Yunani, seperti Plato, Aristotle, dan Socrates. Sebab itu Al-Farabi dikatakan terpengaruh dengan pemikiran tokoh falsafah Yunani. Sesungguhnya ilmu falsafah itu mencerminkan segala keilmuan yang ada di dunia ini. Beliau juga mengemukakan beberapa teorinya dalam bidang falsafah politik dengan menerapkan elemen-elemen daripada teori nilai, logik, etika, dan falsafah agama.
Pemimpin atau ketua negara haruslah seseorang manusia sempurna yang meliputi sifat-sifat fizikal, mental serta moralnya. Fungsi ketua negara adalah amat berat dan merupakan asas keamanan sesebuah negara bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu, bertaqwa, dan bermatlamatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selain itu, terdapat banyak daripada pemikiran dan pandangannya yang masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini yang msih boleh diguna pakai dan pengislaman sains dan falsafah Greek yang diusahakannya perlu mendapat perhatian yang wajar daripada kalangan sarjana Muslim hari ini.

RUJUKAN

A.Hanafi .1976.Pengantar Falsafah Islam ,M.A. Penerbitan Bulan Bintang Jakarta

Sulaiman Noordin.2011.Sejarah Pemikiran 2 Akal Dan Wahyu , Manhaj Ahli Sunnah Muktazilah Dan Modenisme.

Abu Hamid Al-Ghazali.2003. Kecelaruan Falsafah (Tahafut Al-Falsafah),Penerbitan Islamika

Dr. Ridha Al-Dawiri Al-Ardakani.2008.الفارابي فليسوف الثقافة.Darul Hadi.

Mahmood Zuhdi Ab. Majid.2003.Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam.Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ibnu Rusyd.2006.Middle-Eastern Graduates Centres Centre Sdn. Bhd. Terj. Makalah Penentu
Tentang Hubungan Antara Syariah  Dengan Falsafah

http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Farabi